Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gantung Radzi kerana biadab di Dewan Rakyat, kata setiausaha politik

today20 September 2023

Background


Radzi Jidin daripada Perikatan Nasional diarahkan keluar Dewan Rakyat semalam.

PETALING JAYA: Majlis Setiausaha-setiausaha Politik Kerajaan menuntut Radzi Jidin daripada Perikatan Nasional (PN) digantung tugas atas “kelakuan biadab” yang menyebabkannya diarah keluar Dewan Rakyat.

Pengerusinya, Shamsul Iskandar Md Akin, meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said memulakan usaha untuk menggantung Ahli Parlimen Putrajaya itu.

“Ini sebagai pengajaran kepada semua Ahli Parlimen. Tindakan biadab Radzi yang ditunjukkan kepada seluruh negara tidak wajar dibiar begitu sahaja,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Radzi diarahkan keluar Dewan selepas membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan terlibat dalam pertikaman lidah dengan penyokong kerajaan. Sebagai protes, Ahli Parlimen PN turut meninggalkan Dewan.

Radzi berulang kali menuntut Anwar menarik balik kenyataan dibuat terhadap diri dan partinya, dan mengganggu penggulungan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post