

Seorang lelaki parah diserang sebilah parang oleh sekumpulan individu di sebuah tokong di Jelutong, Georgetown kelmarin, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berhubung kecurian sebuah telefon bimbit.
Ketua Polis Pulau Pinang, Dennis Lim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila timbul pertikaian antara mangsa berusia 31 tahun dengan sekumpulan lelaki di sebuah kelab, kira-kira 4 pagi.
Menurutnya, mangsa kononnya didakwa mengambil telefon bimbit milik seorang daripada suspek, namun siasatan awal mendapati ia sebenarnya tidak diambil oleh mangsa.
Katanya, selepas perselisihan itu, mangsa dipercayai diekori ke sebuah tokong di Jelutong sebelum diserang kira-kira tujuh individu.
“Seorang penjaga tokong berusia 64 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan…