Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Gara-Gara Foto Nadhir Nasar, ‘Owner’ Kedai Runcit Datang Bawa Beg Ais Untuk Orang Bergambar

today27 April 2023

Background

Baru-baru ini, tular di media sosial foto pelakon Nadhir Nasar bergambar di kedai runcit memegang beg ais batu.

Aksi bersahaja yang dirakamkan Nadhir di Instagram miliknya menjadi satu ‘trend’ apabila ramai yang mengikut caranya mengambil gambar ‘ootd’.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ice Pun Boleh Cair…” – Peminat Melting Lihat Nadhir Nasar Jalankan Tugas Anak Lelaki

Juara Hero Remaja itu memuat naik semula deretan gambar yang dikongsi oleh peminat yang sanggup ke kedai runcit yang sama untuk bergambar sambil memegang beg ais batu.

Namun, apa yang menarik perhatian apabila seorang pengguna Twitter yang mendedahkan pemilik kedai runcit itu memberi pinjam satu beg ais supaya dapat bergambar menggunakan gaya yang sama seperti Nadhir.

“What have you done??” tulisnya di kapsyen.

“Remake Nadhir Nasar beli air kotak jela tapi. Sebab nak beli ai rumah jauh, cair mat.

“Tiber Apok datang bawa ais bag. Ramai oh ambil gambar pegang ais, itu budak hensem punya pasal. Baik betul Apok ni,” tulis peminatnya di gambar.

Muat naik tersebut meraih pelbagai reaksi wargamaya yang terhibur dan turut mengakui penangan Nadhir.

“Damn, Nadhir Nasar influence is phenomenal! He’d be only taking some OOTD at a random kedai runcit with ice, and there goes everyone be rushing to the shop! Masya-Allah, dalam rizq Nadhir, ada juga rizq the shop owners.

“Lepas ni semua tauke kedai berebut nak cari Nadhir suruh ambil gambar depan kedai. Nadhir punya penangan,” ujar netizen.

Written by: Aqilah


Previous post

Viral

‘Carikan Pendakwah Yang Utamakan Allah Untuk Saya’ – Isteri Hafidz Roshdi

Sejak rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada diuji dengan masalah, apa sahaja kisah yang dikongsikan mereka di media sosial pasti menjadi perhatian ramai. Artikel Berkaitan: Isteri Hafidz Roshdi Hamil 10 Minggu, Pengsan Di Hospital Sebab Badan Lemah Artikel Berkaitan: Didakwa Kongsi Masalah Anak Untuk Tujuan Marketing, Bapa Saudara Hafidz Roshdi Tegur Shuhada Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Sudah Jalani Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia Terbaharu, Shuhada menerusi hantaran […]

today27 April 2023