
Gara-gara meminta untuk dibelikan hidangan ayam gepuk, seorang suri rumah di Cheras mendakwa telah dicekik, ditampar, dan diugut dengan sebilah pisau oleh suaminya dalam satu kejadian keganasan rumah tangga yang menyayat hati.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima laporan daripada mangsa yang berusia 33 tahun itu berhubung insiden yang berlaku di sebuah flat di Sri Sabah, Cheras, pada Rabu (11…