Mangsa, Yusof Ibrahim, 58, dan Ismail Jaafar, 61, disahkan maut di lokasi kejadian dalam kemalangan 7.52 pagi tadi.

PETALING JAYA: Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta gara-gara mengubah haluan secara mengejut, dalam kejadian di Jalan Pintasan Kuantan–Pelabuhan hala Kuantan.
Mangsa, Yusof Ibrahim, 58, dan Ismail Jaafar, 61, disahkan maut di lokasi kejadian dalam kemalangan 7.52 pagi tadi.
Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian berlaku apabila kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan dari Gebeng ke Kuantan dipercayai mengubah haluan mereka secara mengejut berhampiran Depoh Alam Flora.
“Kereta Nissan Almera yang dipandu wanita berusia 32 tahun dari arah sama tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal mereka.
“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Unit…