

Draf Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadat Bukan Islam (GPP RIBI) akan dibentangkan ke mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata garis panduan dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).
Menurutnya, draf itu merangkumi tiga komponen utama iaitu mekanisme perancangan, mekanisme pembangunan dan mekanisme pelaksanaan rumah ibadat bukan Islam.
“Draf itu telah dibentangkan sebagai kertas makluman dalam Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-87 pada 12 Mac lalu.
“Ia seterusnya akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut menjelaskan pemakaian garis panduan itu dijangka memperkukuh mekanisme perancangan serta pelaksanaan pembangunan rumah ibadat bukan Islam.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: