Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gas Malaysia perluas lagi had bekalan

today7 April 2025

Background


Massive gas pipeline fire in Malaysia
Kebakaran paip gas Putra Heights pada Selasa lalu membawa kepada pengehadan bekalan antaranya di Shah Alam, Kundang, Petaling Jaya, Teluk Panglima Garang, Pelabuhan Klang dan Pulau Indah. (Gambar EPA Images)

KUALA LUMPUR: Gas Malaysia Berhad memperluas pengehadan bekalan gas susulan kekangan operasi yang disebabkan insiden kebakaran paip gas Putra Heights, Subang Jaya, baru-baru ini.

Syarikat itu dalam kenyataan, memaklumkan kawasan lain terjejas termasuk Merbau, Tronoh, Perai, Junjung, dan Hutan Melintang yang akan memberi kesan kepada lebih ramai pelanggan.

“Walaupun tempoh pengehadan yang diumumkan sebelum ini tidak berubah dan dijangka berterusan hingga 20 April 2025, Gas Malaysia telah dimaklumkan mengenai kawasan baharu dan tambahan pelanggan yang akan terjejas berikutan kekangan operasi yang berpunca daripada insiden itu,” menurut syarikat itu.

Susulan perkembangan baharu itu, Gas Malaysia telah meningkatkan usaha penyelarasan dengan pelanggan yang terjejas dan pembekal…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post