Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Gaya Pengacaraan Dikritik Hebat, Sweet Qismina Mengaku Gementar

today4 September 2023

Background

Pelakon, Sweet Qismina memohon maaf atas kesilapan yang dilakukannya ketika mengacara program nyanyian kanak-kanak, baru-baru ini.

Memetik laporan mStar, Sweet menerima segala kritikan netizen dan mengakui gementar atas pengalaman baru yang dilaluinya ini.

β€œApa boleh saya kata terima kasih atas teguran untuk saya perbaiki diri menjadi lebih baik selepas ini. Sukar untuk kita jangka apa akan berlaku ketika program siaran langsung.

β€œSaya minta maaf atas kesilapan tersebut dan perkara ini akan jadi pengajaran untuk saya di masa akan datang

“Jujurnya memang ada perasaan gementar di atas pentas kerana ini pengalaman baru buat saya. Cukuplah orang di situ sahaja tahu apa yang berlaku. Apa yang berlaku bukan saya pinta,” ujarnya.

Menerusi sebuah video tular di platform TikTok, Sweet dikatakan telah membuat tiga kesilapan di penghujung acara tersebut.

Pada awalnya, Sweet membuat kesilapan apabila menyebut nama pemenang lain bagi kategori persembahan terbaik dan pemenang juara.

Ketika mengumukan juara, Sweet yang bergandimgan bersama Azam Pitt menyebut nama Farha sebagai pemenang meskipun gelaran juara sebenar adalah milik Fateeha atau mesra disapa Kiki.

Kesilapan tersebut membuatkan Farha lantas bersujud secara spontan menyangka dirinya juara.

Perkara yang menimbulkan amarah netizen adalah apabila Sweet cuba mengawal keadaan dengan berkata β€˜sengaja’ membuat gimik.


Namun begitu, menjengah ke ruangan komen ada segelintir netizen yang tidak menyalahkan Sweet yang hanya menjalankan tugas itu.

Kata netizen, Sweet menerima arahan daripada pihak pengurusan program tersebut menerusi β€˜ear monitor’.


Tidak hanya dikecam di ruangan komen video berkenaan, Sweet juga menerima kritikan netizen di akaun Instagram miliknya yang berharap aktres ini tidak akan menjadi pengacara lagi dan hanya memberi tumpuan kepada bidang lakonan.

Sweet Qismina

Bagaimanapun, jelas isteri kepada aktor Adam Lee ini, dia sudah pun meminta maaf kepada peserta-peserta usai program tersebut.

“Saya juga sudah berjumpa Farha dan Kiki secara peribadi untuk memohon maaf dan mereka menerima secara baik.

β€œSaya tak baca pun komen di media sosial. Cukup saya tahu bahawa saya sendiri buat silap.

“Saya akan terus serius sebagai pengacara. Kalau orang masih percaya saya akan mencuba. Jatuh 10 kali kita bangkit kali ke 11,” tuturnya lagi.

Artikel Berkaitan:Β [VIDEO] Netizen Komen Nampak Baby Bump, Sweet Qismina Hamil Anak Pertama? – β€œTerlihat Ada Yang Sedang Membesar”

Sumber: mstar

Written by: Aqilah


Previous post