Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Gaya PU Riz Pakai Spek Ala Rappers Buat Peminat Terhibur

today15 August 2023

Background

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih mesra disapa PU Riz mencuri perhatian ramai selepas tular sebuah video di platform TikTok.

Menerusi video pendek itu, suami kepada selebriti popular Noor Neelofa itu menonjolkan sisi masuk airnya yang memakai cermin mata hitam sambil membuat gaya seperti rappers.

β€œAkak tahu tak, beg ni seriously senang bawa nak pergi mana-mana saja.

β€œKita jual murah harini RM7 ringgit saja! Mmuah,” katanya membuat jari nombor 7 sambil mencium jarinya itu.

PU Riz

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan terhibur melihat gelagat PU Riz itu.

Ramai dalam kalangan mereka yang terbayang mendengar ketawa Neelofa melihat gelagat suaminya.

β€œAku dah boleh bayang gelak Lofa gais. Dia pinjam spek Lofa ni,” kata netizen.

β€œAku ingatkan Caprice popcorn tadi, gaya macam DJ Khaled pun ada,” tulis netizen lain.

PU Riz
PU Riz

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 103,000 tontonan, 4,000 tanda suka dan lebih 70 komen.

Artikel Berkaitan:Β Umum Nama Anak Kedua, Neelofa & PU Riz Pilih Abdullah Abbas

Artikel Berkaitan:Β Terima Cincin Berlian β€˜Hadiah Raya’ Dari PU Riz, Neelofa Titip Doa Buat Suami -β€œMoga Mencurah Rezeki You Asbab Bahagiakan Isteri”

Written by: Aqilah