Acara yang ditunggu-tunggu bagi peminat fesyen tak kira lah tanah air mahupun luar negara, sudah tentu New York Fashion Week (NYFW) kini kembali lagi bagi edisi 2019.
Bermula pada 6 September yang lalu dan kini masih lagi sedang berlangsung ramai selebriti dan peminat hadir ke NYFW bagi melihat sendiri koleksi terbaru pereka-pereka terkenal yang diadakan di New York Amerika Syarikat.
Beberapa selebriti dilihat berada di NYFW walaupun ia sudah beberapa hari berlangsung.
Malah ada diantara mereka yang turut berkesempatan untuk bertemu dengan pereka fesyen terkenal.
Berikut adalah beberapa gaya selebriti yang menarik perhatian kami.
