Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gedung Jakel terbakar lagi | Free Malaysia Today (FMT)

today3 January 2023

Background



Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung satu lagi kejadian kebakaran di gedung Jakel Shah Alam tengah malam tadi.

PETALING JAYA: Cawangan gedung tekstil terkemuka Jakel Shah Alam terbakar sekali lagi, selepas hampir musnah sepenuhnya dalam kejadian serupa Ahad lepas.

Kali ini, kebakaran membabitkan bilik simpanan kain langsir berkeluasan 30×40 kaki persegi di tingkat tiga, menurut Astro Awani.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 12.40 tengah malam tadi, seramai 43 pegawai dan anggota dari enam balai bomba dan penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian di Seksyen 7.

Api berjaya dikawal pada 1.45 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada 3.07 pagi, dan tiada mangsa terbabit, katanya.

Ahad lepas, cawangan gedung yang sama dilaporkan musnah 80% dalam satu kejadian kebakaran.

Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim dilaporkan berkata, kejadian dipercayai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post