Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Gelagat Comel Anak Eyra Hazali Bermesra Dengan Bergson JDT Curi Tumpuan

today16 November 2022

Background

Anak pertama kepada pelakon Eyra Hazali, Hayder Qhalish sering mencuri tumpuan netizen kerana kecomelannya.

Kali ini, Hayder mencairkan hati ramai dengan gelagat mesranya bersama pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Gustavo Silveira da Silva.

Menerusi sebuah perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok, Eyra dan anak-anak ke stadium untuk menonton perlawanan yang melibatkan suaminya, Haziq Nadzli.

@eyrahazali21Kisah semalam : Anakku diculik pemain jdt 🀣

♬ CUFF IT – BeyoncΓ©

Menerusi hantaran tersebut, gelagat mesra Hayder yang memanggil dan melambai tangan kearah Bregson berkali-kali telah mencuri perhatian ramai.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat keakraban Hayder bersama Bregson yang seakan-akan ibarat kawan baik dan turut memuji kecomelan mereka berdua.

Malah, pertanyaan Eyra kepada suaminya dalam video tersebut turut membuatkan warganet terhibur.

“Sayang, itu anak you ke anak Bregson?” kata Eyra dalam video tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 320,000 tanda suka dan 895 komen.

Written by: Aqilah


Previous post