Menerusi perkongsian video daripada @lindaaliass dengan kapsyen “situasi mama and makdak struggle nak flip video guna camera belakang failed,” kelihatan ibu dan mak ciknya itu sedang berada di dalam kereta untuk menuju ke sebuah destinasi.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila mereka ingin merakam video menggunakan kamera belakang di telefon tetapi tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.
Lebih melucukan lagi, setelah beberapa kali mencuba mereka masih tidak berjaya flip kan kamera itu ke belakang dan akhirnya dua-dua mengaku tidak reti untuk menggunakannya.