Seakan menguatkan dakwaan bercinta, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dilihat meluangkan masa ‘turun’ ke set penggambaran drama terbaharu lakonan Bella Astillah.
Menerusi sepotong video tular di TikTok, Syed Saddiq kelihatan setia menemani aktres itu menjalani penggambaran.
Bahkan, dia seperti tidak kekok menemani Bella ke mana sahaja termasuklah sanggup duduk bercangkung dalam situasi panas bersama krew terlibat.
“YB teman Bella shooting ke tu? Tunggu dengan penuh setia ya suri hati dia,” tulis pada kapsyen berkenaan.
@alisa_aami0210 Awww.. YB teman bella shooting ke tu harini? Dia tunggu dengan penuh setia ya suri hati dia siap kerja ?? #BellaAstillah #SyedSaddiq #bellasyedyes #BASS #trending #fyp #foryou #fyppppppppppppppppppppppp #couplegoals❤️ #syedsaddiqbellaastillah #terbaru ♬ original sound – Sakura
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons pada hantaran berkenaan.
Malah, ramai yang memuji sikap Syed Saddiq yang ‘humble’ dek kerana tidak kisah berpanas demi menemani Bella.