Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Gelagat Zaki Yamani Duet Lagu Gadis Melayu Bersama Bapa Curi Tumpuan – “Lebih Jamal Berbanding Jamal”

today22 May 2023

Background

Aksi penyanyi otai, Datuk Jamal Abdillah yang berduet bersama anaknya, Zaki Yamani mendendangkan lagu ‘Gadis Melayu’ di sebuah majlis rumah terbuka meraih perhatian.

@mohdaliffshadiqinii Dato Jamal Abdillah berduet dengan anaknya nyanyikan lagu Gadis Melayu di majlis rumah terbuka aidilfitri Menteri Perdagangan Dalam Menteri & Kos Sara Hidup iaitu YB Dato Salehuddin Ayob di Taman Rekreasi Taman Uda Tampoi Johor #fyp #fypシ #fypシ゚viral #datojamal #supportguys ♬ bunyi asal – 𝑴𝒐𝒉𝒅 Aliff Shadiqin II

Zaki mendapat perhatian warganet yang mengatakan gaya dan suaranya lebih kurang sama dengan Jamal, malah ada yang berseloroh suara anaknya lebih sedap berbanding bapanya sendiri.

“Kaki ayah dengan anak sama je main peranan. Terlihat Jamal senyum dengar suara anak lebih power. Zaki lebih Jamal daripada Jamal. Dari suara sampai ke pergerakan badan semua sama,” ujar netizen.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak lebih 400,000 tontonan dan lebih 37,00 tanda suka.

Written by: Salma