
PETALING JAYA: Ketua Warisan Perak S Sunther menafikan dakwaan kononnya terdapat kira-kira 600 ahli daripada lapan bahagian di negeri itu mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.
Pada 5 Ogos, jurucakap ahli berkenaan, Murad Abdullah, mendakwa lapan bahagian Warisan Perak bubar kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan Sunther yang disifatkan sebagai “orang luar”.
Memetik Sinar Harian, Murad berkata, punca lain 600 ahli Warisan negeri didakwa keluar parti berhubung hala tuju presidennya, Shafie Apdal, ingin bergabung dengan mana-mana parti yang menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Dalam pada itu, Sunther berkata, jumlah yang keluar itu sebenarnya bukan ahli parti.
“Kebanyakan mereka bukan ahli, hanya segelintir. Kita pernah bertemu beberapa orang yang…