Hot FM

Gelombang haba berlarutan hingga Jun, kata MetMalaysia


cuaca paneh
Suhu boleh cecah 37 hingga 38 darjah Celsius, khasnya di negeri utara Semenanjung. (Gambar Bernama) 
PETALING JAYA:

Gelombang haba yang sedang melanda negara dijangka berlarutan hingga Jun ini, dengan suhu diramalkan mencapai kemuncaknya antara pertengahan Mac dan pertengahan April.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Hisham Anip, berkata suhu boleh mencecah 37 hingga 38 darjah Celsius, khasnya di negeri utara Semenanjung.

Menurutnya, gelombang haba ialah fenomena lazim pada akhir monsun timur laut kerana litupan awan berkurangan dan kedudukan matahari berada tepat di atas rantau ini.

“Tetapi, MetMalaysia menjangkakan jumlah hujan akan meningkat bermula hujung minggu ini susulan corak tiupan angin semakin lemah.

“Ini menandakan permulaan fasa peralihan monsun yang dijangka bermula minggu depan, walaupun suhu kekal tinggi,” katanya menurut The New Straits Times.

Beliau berkata, wilayah utara mengalami suhu lebih tinggi berbanding negeri lain disebabkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version