Aqim Marzuki daripada Cattle Queen Ranch di Kluang, Johor, berkata ia juga boleh memberi kesan terhadap keterjaminan makanan.

PETALING JAYA: Seorang penternak memberikan amaran bahawa cuaca haba yang dialami negara sekarang boleh menjejaskan daya pengeluaran dan membawa kepada kenaikan harga.
Aqim Marzuki, penternak di Cattle Queen Ranch di Kluang, Johor, berkata ia juga boleh menjejaskan keterjaminan makanan.
Katanya, beberapa haiwan ternakannya mengalami kesukaran bernafas dan terdapat penurunan dalam kualiti makanan.
Daya pengeluaran dalam kalangan pekerja juga berkurangan kerana mereka tidak boleh bekerja terlalu lama di lapangan, tambahnya.
Aqim berkata, rumput untuk haiwan juga gagal tumbuh subur disebabkan gelombang haba.
“Rumput tidak sehijau seperti yang sepatutnya dan ini menjejaskan kualiti makanan,” katanya kepada FMT.
Walaupun gelombang haba tidak menyebabkan harga barangan meningkat, Aqim berkata, ia…