
JOHOR BAHRU: Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin yakin “gelombang hijau” yang berlaku ketika PRN enam negeri baru-baru ini tidak akan berulang di Johor pada PRK di negeri itu bulan depan.
Beliau berkata ini kerana naratif pembangkang ketika PRN di enam negeri kononnya kerajaan perpaduan atau kerajaan pusat akan jatuh sekiranya pengundi memberi undi kepada pembangkang, terbukti tidak benar.
“(Terbukti) mana ada kerajaan pusat akan jatuh. Itu tidak mungkin berlaku dan faktor (naratif) itu tak boleh digunakan untuk PRK ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Khaled yang juga menteri pendidikan tinggi berkata walau apa pun keputusan PRK, kerajaan pusat akan berada pada tahap yang selesa.
“Atas…