Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gempa bumi Jepun: Tiada rakyat Malaysia terjejas, kata Wisma Putra

today1 January 2024

Background


Rakyat Malaysia di kawasan terjejas akibat gempa bumi di Jepun dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini dimaklumkan oleh pihak berkuasa tempatan. (Gambar AP)

PUTRAJAYA: Setakat laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi di Jepun hari ini, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi yang melanda kawasan tengah dan barat Jepun.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi serta kepada rakyat dan Kerajaan Jepun,” menurutnya dalam kenyataan.

Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di talian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post