Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gempa magnitud 2.8 landa Ranau

today16 December 2024

Background


2.8-magnitude
Jabatan Meteorologi berkata gempa bumi itu berlaku kira-kira 15km selatan Ranau.

PETALING JAYA: Gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 melanda Ranau, Sabah pada 2.56 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

Menurutnya, gempa berpusat di koordinat 5.97°U dan 116.57°E itu berlaku pada kedalaman 10km.

Tetapi, katanya, tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan gempa itu.

“Gempa bumi berlaku kira-kira 15km selatan Ranau dan gegaran dirasai di kawasan sekitar.”

Ini gempa bumi lemah kedua melanda Sabah bulan ini, selepas gempa bermagnitud 2.7 melanda Tawau 5 Dis lalu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters