Hot FM

Gempa Myanmar: Penyelamat Malaysia berdepan risiko periuk api


tudm
Pasukan SMART berdepan isu logistik dan keselamatan di hari kedua misi kemanusiaan dan operasi SAR di Myanmar.

KUALA LUMPUR: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menumpukan usaha mengesan mangsa terperangkap di rumah-rumah ibadat yang terkesan dengan bencana gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada ketika ini diaktifkan di tiga lokasi, iaitu di Masjid Moe Gya, Masjid Nyoo Ma dan Nyat Private School dengan laporan penduduk tempatan menganggarkan 20 mangsa masih terperangkap.

“Pasukan MAS-01 menumpukan fasiliti kritikal iaitu rumah ibadat seperti masjid, tokong, kuil selain sekolah dan hospital,” menurut kenyataan.

Hari ini merupakan hari kedua pasukan itu diatur gerak bagi menjalankan misi kemanusiaan serta membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Nay Pyi Taw tengah hari semalam waktu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version