
Seramai 85 individu ditahan dalam serbuan serentak ke atas 21 premis seluruh negara, dalam siasatan polis ke atas aktiviti perjudian haram.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, mengumumkan 20 premis berkenaan dikenal pasti beroperasi sebagai ‘pusat panggilan’ yang mengurus dan mempromosikan laman web judi, manakala premis lain dikesan menjalankan aktiviti penipuan pelaburan yang tidak wujud.
Menurut polis, pusat panggilan berkenaan menyasarkan pelanggan tempatan dan luar negara, termasuk Filipina, China dan Australia.
“Seramai 85 individu ditahan terdiri daripada 62 lelaki dan 23 wanita yang disyaki bertindak sebagai operator serta khidmat pelanggan bagi aktiviti perjudian berkenaan.
“Tangkapan membabitkan 47 warga tempatan dan 38 warga asing, selain turut merampas pelbagai peralatan termasuk komputer, tablet,…