Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Genap 4 Tahun Meninggal Dunia, BCL Ziarah Pusara Ashraf Sinclair Bersama Tiko

today20 February 2024

Background

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dan suaminya, Tiko Aryawardhana mencuri perhatian apabila keluarga selebriti itu hadir di pusara Allahyarham Ashraf Sinclair.

BCL yang kelihatan tampil memakai pakaian berona hitam dan merah jambu itu turut mengenakan kaca mata hitam sambil ditemani ahli keluarganya yang lain.

Difahamkan, lawatan tersebut sebagai memperingati  empat tahun pemergian arwah Ashraf.

“Little by little. We let go of loss, but never a love,” tulisnya.

Perkara itu dikongsi BCL menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Ahad.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai respons terhadap foto berkenaan.

Malah, ramai berpendapat, BCL dan Ashraf adalah bukti kepada ‘cinta sejati’ memandangkan dia tidak pernah putus hadir ke pusara bekas suaminya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

 

Terdahulu, berita pemergian Ashraf Sinclair menggemparkan industri hiburan kedua buah negara selepas arwah dilaporkan meninggal dunia dalam tidur dipercayai akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Written by: Salma


Previous post