Hot FM

Genap Usia 36 Tahun, Zizan Razak Doa Dipercepatkan Jodoh

15 April 2020, merupakan tarikh hari lahir Zizan Razak.

Memasuki usia 36 tahun, penyanyi, pelakon dan pelawak itu ada menitipkan ucapan istimewa serta doa buat diri sendiri menerusi laman Instagram miliknya.

“HAPPY BIRTHDAY ZIZAN RAZAK. Semoga menjadi insan yang lebih cemerlang dan berjaya. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Yang paling penting dipercepatkan jodoh yang baik dan kekal hingga ke Jannah. Amin????,” tulisnya.

Selain berharap menjadi insan yang lebih berjaya di masa hadapan, Zizan juga berdoa agar dirinya dipercepatkan bertemu jodoh yang baik dan berkekalan sehingga ke Jannah.

Sebelum ini, Zizan pernah dikaitkan bercinta dengan Che Puan Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah.

Kita doakan yang baik-baik sahaja buat Zizan, okay? Happy Birthday!

 

Exit mobile version