
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob percaya generasi pemimpin akan datang berupaya mengukuhkan perpaduan.
Dalam kolum pandangan diterbitkan Utusan Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-66, Ismail menzahirkan kekhuatiran mengenai penggunaan retorik perkauman oleh pemimpin kerajaan dan pembangkang pada PRN baru-baru ini.
Bagaimanapun, katanya, beliau yakin politik negara telah melalui satu fasa yang baharu, dengan ramai Ahli Parlimen semasa terdiri daripada pemimpin muda yang mempunyai “pemikiran lebih terbuka terhadap penyatuan kaum di negara ini”.
“Generasi baharu pemimpin negara terutamanya ahli politik diharap dapat memainkan peranan penting sepertimana yang telah dimulai oleh Tunku Abdul Rahman dan tokoh-tokoh kemerdekaan yang lain,” katanya.
“Pendekatan untuk memupuk semangat perpaduan harus diubah. Kesepaduan sosial bukan hanya pada…
