Hot FM

Generasi muda perlu berani tolak rasuah, ekstremisme


Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata terdapat pihak yang cuba memecahbelahkan negara dengan ekstremisme perkauman dan agama. (Gambar Bernama)

LONDON: Generasi baharu dan muda Malaysia perlu mempunyai keberanian untuk menolak rasuah, perkauman dan ekstremisme agama, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam membuat gesaan itu, Anwar berkata meskipun Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan aman, terdapat pihak yang cuba memecahbelahkan negara dengan ekstremisme perkauman dan agama.

“Dalam konsep Madani kami, kami tidak bertolak ansur tentang isu seperti rasuah, pemimpin memboroskan kekayaan, tidak kira ia gabungan yang sama atau tidak,” katanya ketika sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan di London School of Economics (LSE).

Anwar berkata meskipun Perlembagaan menjamin hak majoriti Muslim, Melayu dan Bumiputera, terdapat kumpulan yang menggunakan dasar berasaskan kaum, menghina dan menimbulkan kebencian terhadap kaum lain.

“Saya akan tegas dalam hal ini. Mereka…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version