Kumpulan itu melakukan jenayah samun bersenjata, pecah rumah serta mendatangkan kecederaan semasa menyamun di sekitar Ipoh, menurut polis.

IPOH: Polis menumpaskan kumpulan samun bersenjata dikenali sebagai “Geng Jiva” selepas menahan empat individu termasuk ketua kumpulan itu dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Syabas Selasa lepas.
Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan berkata, penahanan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan itu dipercayai dapat menyelesaikan 24 kes jenayah kekerasan dan 34 jenayah harta benda disyaki dilakukan kumpulan itu di sekitar Ipoh, Perak.
“Kita percaya telah melumpuhkan Geng Jiva yang dipercayai aktif menyamun di beberapa taman perumahan, selepas memberkas empat suspek berusia 26 hingga 35 tahun, termasuk ketua kumpulan, yang dikehendaki pihak polis,” katanya malam tadi.
Beliau berkata,…