Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Geng Lelaki Ini Buat Prank Call, Sekali Kawan Dalam Telefon Tak Rileks Naik Pening. Lawak!

today9 September 2021

Background


Menerusi video yang dimuat naik oleh @fikri.idham, kelihatan dia dan gengnya ingin membuat prank kepada dua orang kawan mereka yang tidak melepak bersama ketika itu.

Mereka dengan sengaja membuat panggilan kepada kedua orang kawan itu menggunakan dua telefon berbeza pada masa yang sama.

Apa yang menghiburkan adalah apabila kedua kawan mereka mengangkat telefon dan mula memulakan perbualan tanpa mengetahui bahawa mereka diprank.

Lebih melucukan lagi, mereka berdua mula naik angin sebaik saja menyalahkan sesama sendiri tentang siapa yang call siapa terlebih dulu.

Manakala, geng lelaki tersebut pula jenuh menahan ketawa kerana risau terkantoi. Pada hujung video, mereka menekan butang end call serentak.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post