Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Geng Mawar’ pecah rumah tumpas, pelajar Tingkatan 4 antara ditahan

today5 October 2022

Background



Ketua Polis Seberang Perai Utara (SPU) Mohd Radzi Ahmad menunjukkan barang rampasan hasil penahanan empat ahli kumpulan jenayah pecah rumah pada sidang media hari ini. (Gambar Facebook)

KEPALA BATAS: Polis berjaya menumpaskan “Geng Mawar” dengan penahanan empat individu termasuk seorang pelajar Tingkatan 4 yang dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 16 kes pecah rumah di Bertam Perdana di sini pada 28 Sept lepas.

Ketua Polis Seberang Perai Utara (SPU), Mohd Radzi Ahmad, berkata bertindak hasil maklumat serta risikan, pasukan khas polis Op Pintu melancarkan operasi dan berjaya menahan tiga lelaki di sebuah rumah di kawasan itu pada 3.40 pagi.

Katanya, semasa ditahan, tiga lelaki itu baru sahaja memecah masuk sebuah rumah di kawasan tersebut.

“Polis turut menahan teman wanita seorang daripada suspek tersebut di Bedong, Kedah pada 3.30 petang 30 Sept kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan geng itu,” katanya pada sidang akhbar.

Radzi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post