
KEPALA BATAS: Polis berjaya menumpaskan “Geng Mawar” dengan penahanan empat individu termasuk seorang pelajar Tingkatan 4 yang dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 16 kes pecah rumah di Bertam Perdana di sini pada 28 Sept lepas.
Ketua Polis Seberang Perai Utara (SPU), Mohd Radzi Ahmad, berkata bertindak hasil maklumat serta risikan, pasukan khas polis Op Pintu melancarkan operasi dan berjaya menahan tiga lelaki di sebuah rumah di kawasan itu pada 3.40 pagi.
Katanya, semasa ditahan, tiga lelaki itu baru sahaja memecah masuk sebuah rumah di kawasan tersebut.
“Polis turut menahan teman wanita seorang daripada suspek tersebut di Bedong, Kedah pada 3.30 petang 30 Sept kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan geng itu,” katanya pada sidang akhbar.
Radzi…