
GEORGE TOWN: Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Dominic Lau membantah cadangan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza di empat negeri pimpinan gabungan itu.
Presiden Gerakan itu berkata, sambutan Hari Kebangsaan tidak patut dipolitikkan dan gabungan pembangkang itu tidak patut dilihat cuba berbuat demikian.
Katanya, beliau telah menyuarakan bantahan terhadap cadangan itu dalam mesyuarat pucuk pimpinan pusat PN.
“Fadhli membuat cadangan itu kerana kami lihat kerajaan persekutuan mempolitikkan tema (Hari Kebangsaan) dengan menggunakan istilah seperti ‘Madani’ dan ‘perpaduan’.
“Ia adalah (langkah) balas (Fadhli), tetapi dia tidak boleh buat apa-apa kerana bukan ketua menteri atau menteri besar,” katanya dalam sidang media di Teluk Kumbar di sini.
Lau turut…