Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gerakan boikot jejas sedikit sektor kerja, kata kementerian

today25 June 2024

Background


protest
Gerakan boikot tercetus ke atas beberapa jenama tertentu beroperasi di negara ini yang didakwa ada kaitan dengan Israel.

KUALA LUMPUR: Usaha atau gerakan boikot terutama ke atas perniagaan makanan dan minuman didakwa ada kaitan dengan Israel kurang memberi impak ekonomi negara secara langsung, namun mendatangkan sedikit kesan kepada sektor pekerjaan, kata Kementerian Ekonomi.

Ini berikutan sumbangan subsektor makanan dan minuman kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah kecil iaitu 2.3% pada 2023 dan 2.4% pada suku pertama 2024.

Selain itu, kata kementerian, kecenderungan pengguna beralih kepada produk perniagaan jenama tempatan juga dapat mengimbangi impak berkenaan seterusnya meningkatkan aktiviti ekonomi domestik.

“Meskipun gerakan boikot masih berterusan, Malaysia terus mencatat pertumbuhan ekonomi memberangsangkan iaitu 4.2% pada suku pertama 2024 yang disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang berdaya tahan,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis disiarkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post