
Presiden Gerakan Dominic Lau tiada masalah bekerjasama dengan Hamzah Zainudin berdasarkan pengalaman sebelum ini dalam Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, Hamzah bukan pemimpin baharu dalam gabungan itu dan berpengalaman dalam PN.
“Kerjasama antara komponen PN termasuk Gerakan, PAS, dan Bersatu telah terjalin lama melalui beberapa pilihan raya sebelum ini,” katanya ketika ditemui di IDEAS Kuala Lumpur sempena Majlis Makan Malam Aidilfitri.
Semalam, Hamzah menegaskan beliau akan kekal bersama PN walaupun dipecat Bersatu, pada Februari lalu.
Ahli Parlimen Larut itu turut membayangkan kemungkinan menyertai ‘rumah baharu’, sama ada melalui penubuhan parti baharu atau menyertai parti sedia ada.
Perkembangan itu berlaku di tengah ketegangan dalaman apabila Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, dilaporkan menolak sebarang kerjasama dengan Hamzah,…