
PETALING JAYA: Penganalisis politik berpendapat Gerakan Tanah Air, pimpinan Dr Mahathir Mohamad ‘hanya cantik di atas kertas’ tetapi sukar memberi impak kepada politik tanah air kerana dianggotai ‘kumpulan picisan’.
Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) yang membentuk gerakan itu dilihat tidak mempunyai pengaruh kuat dalam menarik undi simpati orang Melayu.
“Dari segi atas kertas memang cantik tetapi apabila ia dianggotai oleh Pejuang, Berjasa, Putra, Iman… maka ia dilihat tidak lebih hanya untuk mendapatkan manfaat politik dengan menggunakan perpecahan Melayu Islam itu sebagai batu loncatan.
“Kemungkinan gagasan ini tidak memberi impak besar kepada senario…