Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gerakan gesa PN wujud deklarasi untuk bukan Melayu

today17 November 2024

Background


Presiden Gerakan Dominic Lau dan Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin pada perasmian persidangan Gerakan ke-52.

KUALA LUMPUR: Gerakan menggesa Perikatan Nasional (PN) mewujudkan deklarasi untuk bukan Melayu dalam usaha mengurangkan tekanan komuniti itu untuk memilih komponen terbabit pada PRU16.

Presiden Dominic Lau berkata ketika ini ada bukan Melayu dan Islam bimbang dan takut terhadap PAS yang menjadi blok parti Melayu terbesar dalam PN serta mempunyai bilangan kerusi terbanyak di Parlimen.

Malah katanya, kumpulan itu juga ‘fobia’ mengenai dasar dan matlamat PAS menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

“Oleh itu kita buat satu deklarasi yang Bersatu bela hak orang Melayu dan PAS pula muslim, (tetapi) masing-masing jangan mempengaruhi hak kaum lain,” katanya berucap pada persidangan Gerakan ke-52.

Dominic yang juga timbalan pengerusi PN berkata ketakutan bukan Islam terhadap PAS selama ini timbul disebabkan beberapa pendirian parti terbabit.

“Masyarakat bukan Islam,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anne Muhammad


Previous post