Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gerakan serah senarai calon kepada PN

today3 September 2022

Background



Presiden Gerakan Dominic Lau berkata sebarang pertembungan kerusi akan diselesaikan pemimpin Perikatan Nasional.

KUALA LUMPUR: Gerakan telah menyerahkan senarai calon pilihan raya umum parti itu kepada majlis tertinggi Perikatan Nasional (PN), kata presidennya, Dominic Lau.

“Kami telah mempunyai senarai calon dan kawasan hendak ditandingi. Ia sudah diserahkan kepada majlis tertinggi PN,” katanya.

Menurutnya, partinya ketika ini giat melakukan persediaan akhir berdepan pilihan raya umum.

Lau berkata, sekiranya berlaku pertembungan antara parti dalam komponen PN, maka perkara itu akan dibincangkan pucuk pimpinan gabungan berkenaan.

Katanya, sekiranya perbincangan di peringkat itu gagal, majlis presiden PN akan membuat keputusan akhir.

Dalam pada itu, Lau menggesa ahli Gerakan supaya menerima dan menyokong calon dipilih.

Tambahnya, sebagai parti yang tidak mewakili sebarang etnik, Gerakan akan memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Danial Azhar


Previous post