
PETALING JAYA: Gerakan menegaskan partinya yang mewakili pelbagai kaum sudah pasti tidak dapat lari daripada perbezaan idea dan pendapat sesama rakan komponen Perikatan Nasional (PN).
Ketua Penerangan Wendy Subramaniam, berkata pihaknya mengambil pendirian ‘setuju dengan tidak bersetuju’ yang dilihat sebagai tanda demokrasi dan toleransi.
“Apabila parti-parti lain mempunyai tuntutan berkaitan bangsa dan agama, ia tidak menghalang Gerakan daripada terus memperjuangkan hak-hak secara majmuk dan menyeluruh bagi rakyat negara ini,” katanya dalam kenyataan.
Wendy berkata demikian mengulas pandangan penganalisis bahawa usaha Gerakan mengubah naratif politiknya kepada perjuangan berasaskan ‘kebimbangan sejagat’ sukar dicapai sekiranya masih bersama PN.
Terdahulu, FMT melaporkan Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata…