Hot FM

Gerakan sukar ubah naratif politik jika masih bersama PN


parti gerakan
Matlamat baharu Gerakan mahu mengubah naratif politiknya turut sukar dicapai selagi ada parti politik lain yang membawa naratif berlandaskan kaum dan agama, kata penganalisis.

PETALING JAYA: Matlamat Gerakan mengubah naratif politiknya yang berasaskan etnik kepada perjuangan berasaskan ‘kebimbangan sejagat’ sukar dicapai sekiranya masih bersama Perikatan Nasional (PN), kata penganalisis politik.

Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, parti yang kini dipimpin Dominic Lau akan terus terpalit dengan isu berkaitan agama dan etnik sekiranya masih terlibat dengan PN, gabungan empat parti termasuk Bersatu, PAS dan MIPP.

“Kalau Gerakan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), (matlamat ini) lebih berasas dan mereka boleh dapat undi rakyat yang sudah penat dengan politik identiti,” katanya kepada FMT.

Syaza mengulas hasrat Gerakan mengubah naratif politiknya memperjuangkan kebimbangan sejagat dengan lebih mengutamakan isu-isu berkaitan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version