Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang menunggu aiskrim turkinya siap di Booza Ice Cream yang terletak di Bukit Bintang.Â
Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah dia dilihat tidak dapat mengambil aiskrim yang dihulur oleh penjual aiskrim itu. Perkara itu merupakan salah satu budaya dan trick mereka.
Lebih melucukan lagi adalah apabila gadis itu dilihat bertindak untuk membalas dendam dengan membuat cara yang sama semasa menghulurkan duit kepada penjual itu. Terpampang muka tidak puas hati penjual aiskrim itu bikin semua terhibur. Â