Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Hasrat penyokong Filipina untuk melihat penampilan sulung penyerang Bundesliga, Gerrit Holtmann dalam perlawanan persahabatan menentang Harimau Malaya malam ini tidak menjadi kenyataan apabila pemain itu disahkan positif COVID-19.
Kelabnya, VFL Bochum dalam satu kenyataan mengesahkan Holtman adalah antara 3 pemain yang didapati positif wabak itu dalam ujian saringan yang dijalankan ke atas semua pemain dan pegawai pasukan.
Holtmann turut meluahkan rasa kecewa melalui media sosialnya apatah lagi ini merupakan panggilan pertamanya selepas turut terlepas aksi Piala Suzuki AFF dan Kelayakan Piala Dunia 2022.
“Kepada penyokong Azkals, dengan rasa dukacita saya terpaksa menangguhkan penampilan sulung dalam skuad kebangsaan Filipina kerana positif COVID-19,” tulisnya melalui laman instagram.
ℹ️ Drei weitere Corona-Fälle bei #meinVfL. #Lampropoulos, #Holtmann und #Weilandt…