Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gesa Pakistan buktikan wartawan hilang masih hidup, selamat, Anwar diberitahu

today6 January 2023

Background



Putrajaya mengesahkan Syed Fawad Ali Shah dihantar pulang Ogos lalu atas arahan kerajaan Pakistan.

PETALING JAYA: Peguam keluarga wartawan Pakistan Syed Fawad Ali Shah menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendapatkan penjelasan rakan sejawatnya di negara itu membuktikan wartawan tersebut masih hidup dan selamat.

Ini selepas Putrajaya mengesahkan Fawad dihantar pulang pada Ogos lalu atas arahan kerajaan Pakistan.

Dalam surat kepada Anwar, peguam P Waytha Moorthy mendakwa kerajaan Pakistan tidak jujur dengan memberikan alasan Fawad seorang pegawai polis yang mempunyai masalah “disiplin” sedangkan isterinya iaitu Syeda menafikan suaminya pernah menjadi pegawai polis.

Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan alasan itu diberikan Islamabad dalam meminta Fawad dihantar pulang.

Waytha berkata pada 2020, Pakistan cuba meletakkan Fawad dalam senarai notis merah Interpol namun ditolak agensi terbabit kerana ia tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post