Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Disember meneliti cadangan membubarkan GIACC kerana dilihat berlaku pertindihan tugas.

KUALA LUMPUR: Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) menjadi sebahagian daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa 18 April lalu.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan sehubungan itu ia dinamakan semula sebagai Bahagian Perancangan Governans Nasional dan mengambil alih peranan memantau pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) yang sebelum ini dijalankan oleh GIACC.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Disember lalu, memaklumkan Jemaah Menteri akan meneliti cadangan membubarkan GIACC kerana dilihat berlaku pertindihan tugas.
Anwar dilapor berkata, peranan GIACC boleh dijalankan SPRM atau polis, maka badan berlaku pertindihan perlu dikurangkan kerana setiap agensi bertindih…
