Nampaknya ramai yang mempunyai banyak masa terluang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia sejak 18 Mac lalu.
Walaupun ada yang terpaksa bekerja dari rumah mahupun disahkan positif COVID-19 dan perlu dikuarantin, ramai yang mengambil pendekatan untuk merakamkan masa-masa terluang mereka melalui aplikasi TikTok yang kini semakin mendapat perhatian di negara ini.
Terkini, pelakon dan pengacara Neelofa telah merakam dan memuat naik sebuah video yang disunting menerusi aplikasi berkenaan.
Video tersebut sehingga kini telah mencapai tontonan sehingga lebih daripada 1 juta!
Dalam perkembangan lain, Neelofa yang masih lagi menjalankan perniagaan telah berkolaborasi bersama dengan sebuah badan bukan kerajaan bagi membantu warga emas, individu kurang bernasib baik dan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang terkesan dengan situasi ketika ini.
Menurut Neelofa, sebarang pembelian yang dilakukan orang awam menerusi perniagaan yang dijalankan olehnya, sebanyak 5% daripada harga barangan berkenaan akan disalurkan kepada badan tersebut supaya mereka dapat menyediakan keperluan penting termasuklah makanan, produk kebersihan peribadi dan keperluan asas yang lain.

Syabas Lofa! Ini yang kita mahu. #KitaJagaKita