
PETALING JAYA: Dana kedaulatan negara, Khazanah memberi jaminan rakan konsortiumnya, Global Infrastructure Partners (GIP) tidak akan mengambil alih pengurusan dalam pengambil alihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Amirul Feisal Wan Zahir, juga memberi jaminan konsortium itu tidak merancang untuk memberhentikan sesiapa.
“GIP tidak akan melantik terus kakitangan atau sebarang wakil ke dalam pengurusan MAHB. Sebaliknya, sebarang lantikan dalam pengurusan akan dibuat secara bersama oleh konsortium dan kami akan memanfaatkan kepakaran teknikal GIP apabila diperlukan.
“Kami ingin meyakinkan semua bahawa hak kakitangan MAHB sedia ada akan dilindungi sepenuhnya, tanpa ada rancangan pemberhentian. Para kakitangan pula akan mendapat manfaat daripada perkongsian pengetahuan dengan…