Kalau sebelum ini, kulit wajah tak berapa nak cantik sangat, inilah masanya untuk lakukan sesuatu supaya bila menjelangnya tahun baru nanti, semua kata kita makin cantik, ahaks!
So, ini adalah petua yang sis nak kongsi dan kita kena sama-sama buat tau.
MINUM AIR SUAM LEPAS BANGUN TIDUR
Ha, ni mesti korang dah dengar banyak kali kan? Tapi mesti korang malas nak buat. Ni sis nak ingatkan sekali lagi sebab amalan minum air suam ini dapat mengekalkan kejelitaan dan buat wajah awet muda.
URUTAN MUKA
Siapa kata urut ni hanya untuk badan sahaja? Korang pun boleh urut muka tanpa perlu berhabis banyak duit pun. Caranya ialah korang letak jari telunjuk bawah dagu lepas tu pusingkan ke bahagian pipi, hidung dan dahi. Barulah muka korang kelihatan lebih anjal.
Untuk tip lain, layari www.dhia.com.my
Penulis: Dhia