Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Manchester United semakin hampir untuk mengumumkan skim saham peminat yang membolehkan peminat mereka menjadi pemilik saham dalam kelab.
Kelab sudah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa perkara itu sedang hangat dibincangkan di kalangan pengurusan tertinggi kelab.
Skim tersebut merupakan perkara yang diperjuangkan oleh Yayasan Penyokong Manchester United (MUST) sejak dari dulu lagi. Dan terbaru MUST membentangkan idea tersebut kepada Joel Glazer, Pengerusi Bersama, dalam satu sesi forum antara Glazer dengan peminat.
Man United dalam kenyataannya berkata: “Kita dalam perbincangan dengan MUST tentang skim saham penyokong, yang akan membuka lembaran baru kepada peminat membina sendiri kepemilikan saham di dalam Manchester United.”
“Ini akan memberikan penyokong suara kolektif yang lebih kuat dalam kalangan pemilik kelab. Dan pada masa yang sama membantu mengukuhkan semangat…