Site icon Hot FM

GLC bukan ‘ATM’ bayar gaji penyokong parti, Bersih ingatkan Muhyiddin


Thomas Fann menegaskan GLC wujud untuk melindungi dan mengembangkan kekayaan awam.

Thomas Fann mempersoalkan kenyataan Muhyiddin Yassin yang Perikatan Nasional telah selesai agih jawatan termasuk dalam GLC jika menang PRN.

PETALING JAYA: Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bukan “mesin pengeluaran wang (ATM)” bagi membayar gaji penyokong setianya.

Pengerusinya Thomas Fann berkata kenyataan Muhyiddin bahawa komponennya telah selesai mengagihkan jawatan termasuk sebagai ketua GLC jika menang PRN disifatkan sebagai penghinaan kepada urus tadbir baik serta penyalahgunaan kuasa.

“GLC ialah syarikat yang wujud untuk melindungi dan mengembangkan kekayaan awam, bukan (mesin) ATM parti meletakkan penyokong setia parti dalam senarai (penerima) gaji awam.

“Kami tertanya-tanya sama ada ia satu bentuk pembelian untuk mendapatkan sokongan kumpulan tertentu,” katanya kepada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version