

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menempelak Menteri Besar Ismail Lasim secara terbuka di tengah-tengah krisis perlembagaan yang melanda negeri itu.
Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, Tuanku Muhriz dilihat memberitahu sekumpulan individu bahawa Ismail telah mengutus surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, memaklumkan bahawa baginda bukan lagi Yang Dipertuan Besar.
Tuanku Muhriz kemudian mempersoalkan tujuan Ismail berhasrat menemui baginda.
“Jadi (hari ini) dia nak datang jumpa saya buat apa? Selagi dia tidak tarik balik apa yang dikatakannya sebelum ini, jangan datang jumpa saya. Go away,” titah Tuanku Muhriz yang jelas kelihatan murka, sebelum berpaling ke arah Ismail.
“Don’t see me. I don’t want to see you. You understand? I’m Yang Dipertuan Besar and…