Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan gadis sedang berpiknik di salah sebuah pantai yang tidak dikenal pasti.
Mereka pada mulanya dilihat mengambil gambar bersama sambil duduk di bawah pokok. Namun, semakin lama angin kelihatan semakin kencang tetapi mereka masih tidak beredar dari tempat itu.
Tidak lama kemudian mereka ternampak sesuatu di atas pokok membuatkan kesemuanya merasa gelabah dan terus berlari.
Rupa-rupanya ada pokok yang tumbang. Mujur mereka sempat selamatkan diri dan tiada kecederaan yang berlaku.
Lihat video sambungan itu di bawah: